Saturday, November 14, 2009

Macam pelita

Hampir setahun aku di sini
Dah banyak gula dan garam aku rasai
Juga ragam manusia yang aku kenali
Telah aku khatam hingga ke hari ini

Dahulunya bahkan seperti sebuah keluarga
Yang mana berkongsi suka dan duka
Tak kira susah atau senang
Yang pasti kebahagiaan dirasai bersama

Masa ke semasa iannya seperti asap
Yang mana.. makin lama makin hilang
Tak tau ke mana arah yang ingin di tuju
Seperti mengikut telunjuk manusia
kegembiraan yang dikumpul
Hilang entah ke mana
Tiada lagi muafakat seperti dahulu
Semuanya berubah

Berubah mengikut manusia
Berubah mengikut keadaan
Berubah mengikut perasaan
Perasaan yang tiada palang di akal fikiran
Tanpa memikirkan apa yang mendatang
Akibat ghairah mengikut perasaan

Kini keadaan menjadi bahan utama
Dari penuh menjadi sikit
Dari tumpah menjadi kering
Dari sempit menjadi longgar
Di manakah keadaan itu menghilang?
Menghilang dengan cara yang mudah..
Mudah juga untuk melukakan hati manusia

Ingin aku rasai semula
Saat seperti dahulu
Yang mana semuanya seperti baru lahir
Semuanya indah
Semuanya suci
Semuanya harmoni
Dan kini.. apa yang aku mampu?
Berdoa dan terus berdoa
Amin..


1 comment:

Anis Khalilah Bt. Ahmad said...

ko pun rasa apa yang aku rasa?
kita sama..
nak macam dulu..
tp mcm ko kata..
manusia berubah ikut keadaan..
ikut perasaan..
dan mungkin ikut seseorang..
as long as kita menjaga hati masing2 aku rase da cukup bagus..
tp kalo dpt balik macam dulu memang sejuta rahmat..