Monday, December 14, 2009

Kutu

Runsing mula mendekati aku
Tambahan kekacauan yang berlaku
Yang mana diri ku bukan berada di situ
Tetapi nama ku sering di katakan oleh mulut mulut kutu

Sangat salah jika tidak membantu kawan
Satu hari kawan juga akan membantu kita
Tetapi kawan bukan sedikit
Tetapi kawan sangat ramai
Sukar untuk aku memilih kawan
Muka mereka bertopengkan plastik
Yang mana.. senang sekali aku percayai kata kata mereka

Mereka yang aku katakan
Adalah kawan yang makan kawan
Mereka yang aku katakan
Adalah kawan yang kutuk kawan
Mereka yang aku katakan
Adalah kawan yang talam muka sama kawan

Motif utama mereka
Memuaskan nafsu
Nafsu apa?
Nafsu untuk menjatuhkan kawan mereka
Huh.. sangat jahat
Jahat sangat

Aku berhati ikhlas berkawan
Tetapi mereka yang tidak aku kawan
Menjadi lawan kepada aku
Sebab apa?
Itu sangatlah aku tidak tahu
Punca?
Kerana aku berkawan dengan orang yang mereka benci
Yaa sebab dan punca adalah sama erti
Tetapi perkataan punca amat dalam bagi aku

Tapi salahkah aku untuk aku berkawan
Mahupun dengan orang yang mereka benci
Aku sedar dengan perubahan ini
Dulu mungkin aku tidak sedar
Tapi sekarang.. yaa aku sangat sedar
Sedar dan pasrah tentang apa yang berlaku
Perlukah aku menutup mulut mulut kutu?
Biar..


No comments: