Friday, January 22, 2010

Suara kecil

Haih
Aku makin lama makin lemah
Lemah menentang godaan syaitan
Penyakit malas sering jangkiti
Perlukah aku di ubati

Ya Allah Ya Tuhan Ku
Kau berikanlah aku Iman yang teguh
Bagi menjalani dugaan hidup
Yang Engkau telah tetapkan
Untuk seluruh makhluk di dunia
Yang engkau wujudkan

Aku bermohon kepada Mu Ya Allah
Engkau berikanlah aku peluang
Untuk bersama insan yang aku sayang
Insan yang bernama keluarga
Insan yang bernama kawan
Untuk meniti liku liku jalan yang nyata
Juga menggapai impian yang kian dikecapi

Aku hamba Mu yang kerdil
Lagi hina juga lagi di keji
Akan aku turut segala perintah Mu
Akan aku hindar segala yang di larang

Amin





Thursday, January 21, 2010

sudah

Banyak yang boleh aku katakan
Tentang perkara yang timbul dan tenggelam
Hanya satu perkataan
Dapat aku gambarkan situasi yang berlaku
SUDAH!

Sudah serik dikelilingi oleh orang yang bermasalah
Dari zaman kain biru hinggalah sekarang
Aku tegar bersama mereka
Kerana aku tahu apa yang mereka tahu
Namun mulut dan kutu tak dapat di pisahkan

Sudah lali dek kata kata
Yang selalu berlegar di ruang udara
Akan tetapi tak pernah diam