Sunday, February 14, 2010

Hidup

Hari demi hari
Sering aku bertanyakan
Apa itu hidup?
Apa itu kawan?
Apa itu seronok?
Perlukah aku monopoli semua itu?

Kini
Aku nikmati semua itu
Puas sungguh aku rasakan
Tetapi terdetik aku untuk menanyakan
Bila ia semuanya berakhir

Kini
Suram menyelubungi hidup
Hidup yang penuh gelak ketawa
Riang dan gembira
Akhirnya hilang entah ke mana

Jika suasana warna wujud kembali
Pastikan topeng di muat pakai
Kerana kata tak mungkin teguh
Menjadi palsu semata mata
Pasti pudar di mata kasar

Aku tetap aku
Akan ku mohon kepada yang Esa
Agar suasana warna kembali terang
Walaupun hidup hanya sekali
Akan ku rasai satu per satu



No comments: