Monday, June 7, 2010

Terpaksa

Apa yang aku tulis
Semuanya indah belaka
Apa yang aku idamkan
Semuanya hampir pasti
Apa yang aku mahukan
Semuanya gagal

Hidup aku tidak pernah terurus
Percaya atau tidak
Hampir dua puluh tahun aku hidup
Tidak ada satu yang sempurna

Sempurna ?
Aku tidak mahu kemewahan
Aku tidak mahu kecantikan

Apa yang aku mahu ?
kebahgiaan dari keluarga
kepercayaan dari kawan
ketulusan dari manusia

Aku tahu
Mengecapinya sekali gus
Bukan senang untuk di miliki
Aku harus ikhlas
Aku harus mulia

Mungkin aku tersilap langkah
Aku terlalu ikhlas
Aku terlanjur bahasa
Aku termakan budi
Aku terlalu baik

Sekarang
Aku terpaksa berseorangan
Aku terpaksa kesunyian
Aku redha dengan masalah yang berlaku






No comments: