Sunday, December 5, 2010

Perempuan gila

Ini bukan kali pertama
Aku tergelak Ha Ha Ha
Bikin panas bikin rosak
Dek perempuan yang gila
Tengok kiri tengok kanan
Nampak indah seperti awan
Tengok atas tengok bawah
Sumpah hancur walaupun lawa

Ini bukan kali kedua
Aku tertanya tanya
Tentang si perempuan gila
Yang masih wujud di dunia
Aku doakan dia
Harap sihat sejahtera
Jangan sampai dia
Masuk ke dalam wad Bahagia


Saturday, December 4, 2010

Bangun

Masih ada cerita
Bukan sendiri buat
Masih ada cinta
Bukan sendiri buat
Masih ada berita
Bukan sendiri buat

Ragam manusia yang bernama kawan
Yang tak jemu jemu menjadi lawan
Loya di tekak hampir masuk ke cawan
Sedikit pun kau tak pernah kene saman

Otak dah penat
Perasaan dah punah
Air mata jatuh teramat sangat
Hati sakit tak sanggup nak marah
Benda dah lepas apa nak di buat
Tabahkan semangat jangan lemah
InsyaAllah aku kuat

Thursday, December 2, 2010

Diam

Rupa paras kau
Cantik sekali
Ada yang kurang
Aku diam sendiri
Hati tak tahan
Melonjak sana sini
Ingin berkata
Bukan niat di hati
Atas dasar maruah
Bukan aku tidak berani

Kurniaan Ilahi
Mulut diberi
Bila berkata
Hati hati
Jangan sampai
Aku maki
Tali diikat
Tersimpul mati



Wednesday, December 1, 2010

Patung

Mata masih belum buta
Mulut masih belum bisu
Telinga masih belum pekak
Kerana ciptaanNya sangat indah
Aku bersyukur dengan apa yang diberi

Tapi kau masih degil
Kau masih ego
Kau masih riak
Kau masih lancang
Kau masih rabun
Rabun dengan apa yang mendatang
Dengan apa yang kelam

Dulu kita macam kuku
Luar dalam aku tahu
Apa yang baik apa yang buruk
Apa yang benar apa yang palsu
Kini kau macam patung
Patung yang dihiasi perhiasan
Patung yang bertemankan manusia
Patung yang tiada kenal erti perasaan

Kini kau kekal
Kekal menjadi patung
Biarkan ia kekal
Suatu hari nanti
Ia menjadi hakikat