Sunday, December 5, 2010

Perempuan gila

Ini bukan kali pertama
Aku tergelak Ha Ha Ha
Bikin panas bikin rosak
Dek perempuan yang gila
Tengok kiri tengok kanan
Nampak indah seperti awan
Tengok atas tengok bawah
Sumpah hancur walaupun lawa

Ini bukan kali kedua
Aku tertanya tanya
Tentang si perempuan gila
Yang masih wujud di dunia
Aku doakan dia
Harap sihat sejahtera
Jangan sampai dia
Masuk ke dalam wad Bahagia


Saturday, December 4, 2010

Bangun

Masih ada cerita
Bukan sendiri buat
Masih ada cinta
Bukan sendiri buat
Masih ada berita
Bukan sendiri buat

Ragam manusia yang bernama kawan
Yang tak jemu jemu menjadi lawan
Loya di tekak hampir masuk ke cawan
Sedikit pun kau tak pernah kene saman

Otak dah penat
Perasaan dah punah
Air mata jatuh teramat sangat
Hati sakit tak sanggup nak marah
Benda dah lepas apa nak di buat
Tabahkan semangat jangan lemah
InsyaAllah aku kuat

Thursday, December 2, 2010

Diam

Rupa paras kau
Cantik sekali
Ada yang kurang
Aku diam sendiri
Hati tak tahan
Melonjak sana sini
Ingin berkata
Bukan niat di hati
Atas dasar maruah
Bukan aku tidak berani

Kurniaan Ilahi
Mulut diberi
Bila berkata
Hati hati
Jangan sampai
Aku maki
Tali diikat
Tersimpul mati



Wednesday, December 1, 2010

Patung

Mata masih belum buta
Mulut masih belum bisu
Telinga masih belum pekak
Kerana ciptaanNya sangat indah
Aku bersyukur dengan apa yang diberi

Tapi kau masih degil
Kau masih ego
Kau masih riak
Kau masih lancang
Kau masih rabun
Rabun dengan apa yang mendatang
Dengan apa yang kelam

Dulu kita macam kuku
Luar dalam aku tahu
Apa yang baik apa yang buruk
Apa yang benar apa yang palsu
Kini kau macam patung
Patung yang dihiasi perhiasan
Patung yang bertemankan manusia
Patung yang tiada kenal erti perasaan

Kini kau kekal
Kekal menjadi patung
Biarkan ia kekal
Suatu hari nanti
Ia menjadi hakikat

Saturday, August 7, 2010

Silap aku

Penat nak pikir
Penat nak bermasalah
Penat nak tanggung
Penat nak berkata
Puas aku lakukan
Semuanya tidak kena

Dari mula aku kenal
Aku percaya aku silap
Sikit demi sedikit
Perkataan silap itu berubah
Tapi ternyata ianya sementara
Sikit demi sedikit
Belangnya terserlah bagaikan bulan

Silap aku kerana mendiam
Silap aku kerana bersabar
Silap aku kerana tabah
Tetapi aku tetap insan biasa
Mengenal erti kemaafan
Tapi di sudut hati yang kecil ini
Susah untuk dilembutkan
Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui



Tuesday, June 8, 2010

Manusia ini masih wujud

Dia tahu dia siapa
Dia tahu siapa dia
Dia kenal erti senang
Dia kenal erti susah

Apa daya seorang manusia
Jika sering dilemparkan kata kata kesat
Hinaan dan cacian
Halangan dan dugaan
Lemah dan tidak bermaya

Dia seorang yang kuat
Dia seorang yang jujur
Dalam perjalanan hidupnya
Akan tetapi dia gagal
Dia gagal menambat keceriaan
Dia gagal untuk membuang kecelakaan
Yang hampir berkurun
Di lubuk hatinya

Dia tetap terus tersenyum
Hanya senyuman kasihan itu
Dapat memberi kebahagiaan
Hanya senyuman lemah itu
Dapat memberi tiang kepadanya

Perkataan sedih
Amat sebati bagi dirinya
Hari demi hari
Mengenang nasib yang akan tiba

Hanya satu yang dia pinta
Maafkanlah dosa dosa kawanku






Monday, June 7, 2010

Terpaksa

Apa yang aku tulis
Semuanya indah belaka
Apa yang aku idamkan
Semuanya hampir pasti
Apa yang aku mahukan
Semuanya gagal

Hidup aku tidak pernah terurus
Percaya atau tidak
Hampir dua puluh tahun aku hidup
Tidak ada satu yang sempurna

Sempurna ?
Aku tidak mahu kemewahan
Aku tidak mahu kecantikan

Apa yang aku mahu ?
kebahgiaan dari keluarga
kepercayaan dari kawan
ketulusan dari manusia

Aku tahu
Mengecapinya sekali gus
Bukan senang untuk di miliki
Aku harus ikhlas
Aku harus mulia

Mungkin aku tersilap langkah
Aku terlalu ikhlas
Aku terlanjur bahasa
Aku termakan budi
Aku terlalu baik

Sekarang
Aku terpaksa berseorangan
Aku terpaksa kesunyian
Aku redha dengan masalah yang berlaku