Wednesday, April 27, 2011

Seronok

hari ini aku sedar
2 tahun itu amat bermakna
macam macam aku rasa
macam macam aku dapat
macam macam aku alami
seronok

hari ini aku sedar
2 tahun itu sekejap
ada yang belum aku laksanakan
ada yang belum aku perolehi
ada yang belum aku capai
sedih

celik pejam celik pejam
2 tahun aku di cabar
mengharungi perjalanan di situ
di situ di mana ?
di tempat yang ramai orang
orang gila
orang cantik
orang nak belajar
orang kejam

akhir kata
aku seronok berada di situ



keji

cukup la
cukup la apa yang kau beri
aku mengerti
berat beban yang dulu engkau beri
kini kau berlagak sendiri
mengapa ? semua ini terjadi
pada hakiki pada ilahi
aku masih tudak memahami
apa yang kau cuba sakiti
8 tahun kau cuba dekati
dan aku diam sendiri
percaya akan ketentuan ilahi
tapi kali ini
ianya hilang serba serbi
ahhh semuanya keji !

Sunday, December 5, 2010

Perempuan gila

Ini bukan kali pertama
Aku tergelak Ha Ha Ha
Bikin panas bikin rosak
Dek perempuan yang gila
Tengok kiri tengok kanan
Nampak indah seperti awan
Tengok atas tengok bawah
Sumpah hancur walaupun lawa

Ini bukan kali kedua
Aku tertanya tanya
Tentang si perempuan gila
Yang masih wujud di dunia
Aku doakan dia
Harap sihat sejahtera
Jangan sampai dia
Masuk ke dalam wad Bahagia


Saturday, December 4, 2010

Bangun

Masih ada cerita
Bukan sendiri buat
Masih ada cinta
Bukan sendiri buat
Masih ada berita
Bukan sendiri buat

Ragam manusia yang bernama kawan
Yang tak jemu jemu menjadi lawan
Loya di tekak hampir masuk ke cawan
Sedikit pun kau tak pernah kene saman

Otak dah penat
Perasaan dah punah
Air mata jatuh teramat sangat
Hati sakit tak sanggup nak marah
Benda dah lepas apa nak di buat
Tabahkan semangat jangan lemah
InsyaAllah aku kuat

Thursday, December 2, 2010

Diam

Rupa paras kau
Cantik sekali
Ada yang kurang
Aku diam sendiri
Hati tak tahan
Melonjak sana sini
Ingin berkata
Bukan niat di hati
Atas dasar maruah
Bukan aku tidak berani

Kurniaan Ilahi
Mulut diberi
Bila berkata
Hati hati
Jangan sampai
Aku maki
Tali diikat
Tersimpul mati



Wednesday, December 1, 2010

Patung

Mata masih belum buta
Mulut masih belum bisu
Telinga masih belum pekak
Kerana ciptaanNya sangat indah
Aku bersyukur dengan apa yang diberi

Tapi kau masih degil
Kau masih ego
Kau masih riak
Kau masih lancang
Kau masih rabun
Rabun dengan apa yang mendatang
Dengan apa yang kelam

Dulu kita macam kuku
Luar dalam aku tahu
Apa yang baik apa yang buruk
Apa yang benar apa yang palsu
Kini kau macam patung
Patung yang dihiasi perhiasan
Patung yang bertemankan manusia
Patung yang tiada kenal erti perasaan

Kini kau kekal
Kekal menjadi patung
Biarkan ia kekal
Suatu hari nanti
Ia menjadi hakikat

Saturday, August 7, 2010

Silap aku

Penat nak pikir
Penat nak bermasalah
Penat nak tanggung
Penat nak berkata
Puas aku lakukan
Semuanya tidak kena

Dari mula aku kenal
Aku percaya aku silap
Sikit demi sedikit
Perkataan silap itu berubah
Tapi ternyata ianya sementara
Sikit demi sedikit
Belangnya terserlah bagaikan bulan

Silap aku kerana mendiam
Silap aku kerana bersabar
Silap aku kerana tabah
Tetapi aku tetap insan biasa
Mengenal erti kemaafan
Tapi di sudut hati yang kecil ini
Susah untuk dilembutkan
Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui