Aku tidak reti berpura pura
Di dalam lumrah hidup
Yang mana.. kekal abadi
Itulah aku
Aku adalah insan biasa
Menjadi yang terbaik dari masa ke semasa
Akan tetapi wujudnya makhluk tuhan
Berusaha menumpang nama baik seseorang
Hilangnya teguh
Hilangnya pendirian
Mencari cari insan biasa ini
Itulah aku
Bersabar dan terus bersabar
Menjadi jahat bukan aku
Pernah sekali ingin mencuba
Malangnya Yang Berkuasa melindungi aku
Insan biasa ini amat kasihan
Pada dirinya
Pada kehidupannya
Kerana lali dek perbuatan
Menjadi boneka kepada mereka
Ingin sekali aku menentang
Ingin sekali aku melawan
Malangya hati dan jiwa
Tidak sampai hati untuk menolak
Permintaan yang sering diujarkan
Adakah aku lurus?
Lurus dalam kehidupan?
Kehidupan yang aku bina selama ni?
Aku redha apa yang berlaku
Kerana itulah aku
No comments:
Post a Comment