Thursday, February 12, 2009

sikap merubah manusia

aku rimas
sumpah!
rimas menyelubungi aku
tentang topeng yang dipakai oleh manusia
hakikatnya.. semua orang memakai topeng

aku seorang yang bermuka muka
ye! aku sangat talam
mereka juga bertalam talam
sebab manusia tak penat dek kata kata

aku cuba untuk menjadi yang terbaik
juga kurang dosa
tapi apakan daya
makin ramai yang berdrama
bukan drama kerajaan malah swasta

aku penat berlakon
disana aku mengata
disini aku menyucuk
salah ke aku?
daripada aku menyendiri atau bergaduh?

dalam erti kata yang lain
dunia baru sangat menyeksa bagi aku
hadapi masalah yang macam haram
tanpa berfikir.. mereka bertengkar
tanpa noktah.. mereka berkata

hairan menyelubungi otakku
sedikit demi sedikit.. aku harungi
dengan azam baru setiap hari
agar suasana comel mucul kembali
amin

1 comment:

Sarah Balqis said...

it's ok.. we all try to live..sarah rindu puteri ;[