Tuesday, October 6, 2009

Konon konon Sunyi

Haihh
Sakit di mata
Sakit di hati
Sakit di Jiwa
Entahlah
Sepi mungkin
Sepi yang mendatang secara tiba tiba
Menjadikan diri tiada sokongan

Perkataan "redha" selalu di dengar
bukan di mulut tapi di telinga
Juga bermain di hati dan jiwa
Perasaan mulai tegar
Tentang apa yang aku rasai

Makin lama makin terasa
Perkataan "redha" mula hilang
bukan di telinga tapi di mulut
Sering menghantui di hati dan jiwa
Tentang perasaan yang hampir pudar

Sering aku katakan
Perkara itu tidak benar
Perkara ini tidak benar
Apa yang benar?
Kebenaran yang keluar dari kata hati

Yaaaa sangat benar!
Kata hati sering menipu aku
Tanpa memikir benar dan salah
Terus aku bertindak melulu
Dengan melayan perasaan yang sakit

Kini
Aku berubah
Menjadi manusia yang mengikut perasaan
Dahulunya ceria tanpa masalah
Sekarang ceria bersama masalah

Puteri masalah apa Puteri!
Masalah kesunyian yang melanda diri aku!
Aku tak minta
Aku tak halang
Aku tak harap
Aku tak menolak
Tapi ianya timbul
Timbul dalam keadaan cemburu
Cemburu tentang kegembiraan manusia
Salah ke aku?

Tentang manusia yang bernama kawan
Melihat perhubungan yang makin ceria
Aku gembira melihat mereka
Bahkan hati sering kesunyian
Hanya boleh di simpan di dalam hati
Juga di Blog HAHA

Tapi
Aku sentiasa ingat yang Satu
Iaitu Tuhan Yang Maha Esa
Kesunyian mungkin sementara
Kerana hidup adalah sementara
Sementara yang hilang begitu sahaja



1 comment:

anis said...

putut syg..
ko selalu x dgr ni "kalau ade jodoh x kemana"..
tp pnh x ko fikir..mana nak cari jodoh?
dia xkan dtg bergolek..
samada kite kena cari atau ko nak tggu je jodoh ko dtg..
if ko tggu je jodoh ko dtg..
ko x kan rase pahit, manis, masin & tawarnye dunia percintaan ni..
bukakan hati ko..
utk terima org yg mungkin ko rase dia syg kan ko..
jgn takut mencuba lg..skt sekali x bermakna ko skt utk kali ke-2..

**mungkin mase berdepan kite jarang nak ckp pasal ni..ko pun bile open cket bab2 ni mula la melencong topik kan..hehe..so, dlm alam maya ni je la..^^